+609 553 5555        rmc@unipsas.edu.my

Akan Datang

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Tarikh Penting

17 OGOS 2025

Tarikh Tutup Pendaftaran

  • Pendaftaran Dibuka Sekarang !!!

15 SEPTEMBER 2025

Penghantaran Surat Jemputan

30 SEPTEMBER 2025

Hari Pertandingan Bersemuka

Jom Sertai PIRCU’25

INOVASI LESTARI, UMMAH SEJAHTERA

Pertandingan Inovasi dan Rekacipta UnIPSAS 2025 (PIRCU’25) akan diadakan seperti yang berikut :

30 SEPTEMBER 2025 ( SELASA )

DEWAN SULTAN AHMAD SHAH, UnIPSAS (BERSEMUKA)

TEMA : INOVASI LESTARI, UMMAH SEJAHTERA

Terbuka kepada semua peserta daripada Ahli Akademik, Penyelidik dan juga Pelajar IPT serta Sekolah.

Pengenalan

Program ini akan dijalankan secara bersemuka. Oleh itu, setiap peserta yang mempamerkan produk dan hasil inovasi perlu menerapkan kriteria-kriteria yang bersesuaian agar hasil projek inovasi mempunyai nilai yang tinggi dan berpotensi untuk mendapat pengiktirafan dan dikomersialkan.

Pertandingan Inovasi dan Rekacipta UnIPSAS (PIRCU) ini merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) di bawah kelolaan Unit Inovasi, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Selain memperkasakan dan membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pelajar, pensyarah dan warga UnIPSAS, program ini bertujuan untuk mempamerkan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan ummah dan merapatkan jurang antara para akademik dan komuniti.

Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam pembelajaran atau kehidupan seharian. Dengan penganjuran program ini, kemahiran inovasi dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi dari aspek penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.

Objektif

Objektif program ini adalah untuk memperkasakan dan membudayakan aktiviti inovasi dalam kalangan pelajar, pensyarah serta warga UnIPSAS dengan menyediakan platform bagi pengukuhan ilmu, perkongsian idea, dan pembentukan rangkaian dalam bidang penyelidikan, inovasi dan komersialisasi, di samping memperluas jaringan komuniti bersama masyarakat serta penyelidik dari pelbagai institusi luar. Jom sertai PIRCU’25!

Pilih Kategori

KATEGORI A

RM300

KATEGORI B

RM200

Kategori Penyertaan

Pendidikan
Sains Sosial
Keusahawanan
Pembangunan ICT
Pengajian Islam
Perakaunan
Inovasi Umum (Kategori Terbuka)

Hadiah & Anugerah

EMAS + SIJIL PENYERTAAN

PERAK + SIJIL PENYERTAAN

GANGSA + SIJIL PENYERTAAN

POSTER TERBAIK + SIJIL PENYERTAAN

PIRCU’25

Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta UnIPSAS 2025

Pertandingan ini diadakan bagi mempamerkan hasil idea inovasi daripada pensyarah, guru, penyelidik serta pelajar IPT dan sekolah di seluruh negeri Pahang.

Melalui PIRCU’25 yang bertemakan Inovasi Lestari, Ummah Sejahtera, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) mengalu-alukan penyertaan ahli akademik dan pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi serta guru dan pelajar dari sekolah menengah dan rendah bagi memupuk semangat inovasi merentas peringkat pendidikan. Penyertaan pelbagai latar belakang ini diharap dapat memperkayakan idea serta menghasilkan projek inovatif yang lestari dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Jom sertai PIRCU’25 dan tampilkan inovasi anda demi ummah yang sejahtera!

Loading...